Whatsapp akan lancar ciri baharu, termasuk stiker animasi, kod QR

0
556

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

APLIKASI Whatsapp mengumumkan ciri-ciri baharu, termasuk stiker animasi dan kod QR dalam beberapa minggu lagi.

Dengan ciri-ciri baharu ini pengguna akan dapat menyampaikan mesej beremosi lebih sesuai apabila menghantar mesej dengan menggunakan stiker tersebut.

Pratonton ciri-ciri baharu ini dimuat naik pada laman WABetaInfo Selasa lalu.

Sementara itu, kod QR pula akan memudahkan pengguna merekodkan maklumat kenalan baharu dengan cara mengimbas kod tersebut untuk terus dimasukkan ke dalam senarai kenalan tanpa perlu menaip satu persatu huruf.

Selain dua ciri itu Whatsapp juga akan memperluaskan penggunaan Mod Hitam kepada Whatsapp Web dan desktop.

Bagi ciri panggilan video pula kemas kini terbaharu termasuk membolehkan sehingga lapan pengguna berbual pada setiap sesi dengan hanya menekan dan membesarkan mana-mana tetingkap video peserta.

Juga, kaedah di mana pengguna boleh pilih untuk nyah video atau foto dalam masa 24 jam kini juga boleh digunakan oleh pengguna KaiOS.

Untuk menggunakan semua ciri-ciri tersebut pengguna perlu memuat turun kemas kini terbaharu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here