Gara-gara Covid-19, pelacur di Belanda dilarang mengucup pelanggan

0
559

MACAM-MACAM… Langkah kerajaan Belanda melonggarkan aktiviti perniagaan sejak 1 Julai lalu jelas berita gembira buat industri pelacuran tempatan yang teruk terjejas ekoran penularan Covid-19.

Ini kerana ramai pekerja seks menderita akibat tiada sumber pendapatan malah mereka tidak layak dapat bantuan dari pihak kerajaan apabila perintah berkurung dimulakan pada 15 Mac lalu.

Bagaimanapun, selaras norma baharu, golongan ini juga diwajibkan patuh pelbagai langkah pencegahan bagi kekang jangkitan wabak virus maut itu ketika ‘berasmara’ dengan pelanggan.

“Kami sudah dimaklumkan dan perlu pesan kepada klien agar ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” jelas seorang pelacur yang enggan dedah identitinya ketika ditemui media.

Aktivis yang berkhidmat di Pusat Penerangan Pelacuran di ibu kota Amsterdam itu namun ceria apabila kerajaan pada 24 Jun lalu membenarkan aktiviti maksiat tersebut beroperasi semula.

“Semua pelacur berasa lega dapat kembali cari rezeki kerana ramai kalangan kami gagal dapat bantuan kerajaan untuk tampung kos sara hidup apabila dilarang kerja di luar,” jelas wanita itu.

Meskipun begitu ujarnya, kelompok pekerja terbabit harus akur beberapa SOP antaranya kerap amal cuci tangan, sanitasi di tempat kerja dan bersihkan badan mereka selepas persetubuhan.

“Kami juga perlu periksa pelanggan agar tiada gejala termasuk semak suhu badan tetapi kami tidak boleh berkucup walaupun tidak pakai pelitup muka ketika sibuk berjimak,” terangnya.

Usaha itu bagi elak terkena Covid-19 dibawa pelanggan kerana setakat ini, Belanda sudah catat 50,273 pesakit positif termasuk 6,113 kematian sejak kes pertama direkod pada 27 Februari lalu.

Pelaksanaan norma baharu ini menyebabkan pelacur perlu elak posisi bersemuka wajah dengan klien kerana bimbang apabila nafsu terangsang, mungkin ada pelanggan kucup bibir pekerja itu.

Belanda antara beberapa negara yang benar industri seks komersial secara terbuka sejak tahun 2000 namun pelacur perlu daftar dengan pihak berkuasa tempatan sebelum tawar kegiatannya.

Digelar hub persundalan terbesar di dunia, golongan ini yang caj antara 50 euro hingga 200 euro bergantung tempoh masa dan lokasi, juga wajib bayar cukai pendapatan kepada pihak kerajaan.

Dianggarkan terdapat lebih 7,000 pekerja seks di zon pelacuran khas utama Amsterdam dengan 75 peratus daripada mereka berasal dari negara rantau Eropah Timur dan Amerika Selatan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here