Oleh Fetty Rara
SETIAUSAHA Pengangkutan British Grant Shapps berkata sebanyak 50 negara, termasuk destinasi penting, seperti Perancis, Jerman , Itali dan Sepanyol akan terkecuali daripada syarat kuarantin di England bermula 10 Julai ini.
Senarai penuh akan dikeluarkan hari ini.
Beliau memberitahu BBC bahawa sesiapa yang tiba dari negara-negara tersebut tidak lagi perlu dikuarantin selama 14 hari.
Walaupun pengumuman itu tidak menjamin pelaksanaan yang sama oleh negara-negara berkenaan, kebanyakan negara, bagaimanapun, tidak mewajibkan pelawat dari UK kuarantin diri secara sukarela.
Negara-negara yang menunjukkan kadar jangkitan rendah, seperti New Zealand akan terus memerlukan langkah tersebut.
Sektor pelancongan menyambut baik pengumuman itu kerana ia membolehkan orang ramai merancang dan membuat tempahan untuk percutian.
Sektor tersebut mendapat tamparan hebat berikutan penularan wabak Covid-19.
-BebasNews