Asia Tengara, Selatan Asia ambil langkah berjaga-jaga susulan lonjakan mendadak Covid-19

0
999

Oleh Fetty Rara

TERBAHARU dilaporkan bahawa penularan wabak Covid-19 semakin meluas di Selatan Asia dan Asia Tenggara, dengan India melaporkan lebih 20,000 kes buat kali pertama, sementara Filipina merekodkan lonjakan paling tinggi dalam sehari sebanyak 1,531 jangkitan.

Agensi berita Xinhua berkata kementerian kesihatan India semalam (Jumaat) mencatatkan 379 kes kematian dan sebanyak 20,903 kes positif dalam masa 24 jam di seluruh negara untuk menjadikan jumlah kematian 18,213 dan jumlah kes 625,544.

Menurut kementerian itu setakat ini seramai 379, 892 orang yang semakin pulih telah di discaj dari hospital.

Di Filipina, jumlah kes positif naik mendadak kepada 40,336 setelah Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan sebanyak 1,531 kes baharu semalam, yang merupakan kenaikan paling tinggi dalam sehari setakat ini.

Menurut DOH jumlah kematian naik kepada 1,280.

Di Bangladesh jumlah kes yang disahkan kini mencecah 156,391 dengan pengesanan sebanyak 3,114 kes dalam 24 jam yang lalu.

Seramai 42 pesakit meninggal dunia di serata Bangladesh untuk menjadikan jumlah kematian 1,968.

Di Indonesia sebanyak 1,301 kes dilaporkan dalam sehari, justeru menjadikan jumlah 60,695, sementara jumlah kematian pula sebanyak 3,036.

Di Afghanistan sebanyak 302 kes telah disahkan untuk menjadikan jumlah jangkitan 32,324 dan jumlah kematian 819.

Korea Selatan melaporkan 63 lagi kes semalam, menjadikan jumlah 12,967.

Kes harian melonjak sebanyak 60 dalam lima hari. Daripada kes baharu, 11 merupakan kes import untuk menjadikan jumlah jangkitan terbaharu sebanyak 1,619.

Kluster jangkitan kecil masih dikesan, kebanyakannya dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di gereja, sekolah dan pusat senaman.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here