Calon Bebas hilang deposit, BN pertahan DUN Chini dengan majoriti lebih 12,000 undi

    0
    544
    - Calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain ketika sidang media selepas diumum menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di pusat penjumlahan undi rasmi di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan semalam. Mohd Sharim, 41, menang dengan majoriti 12,650 undi. --fotoBERNAMA

    BARISAN Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar sebanyak 12,650 undi.

    Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK Chini mengumumkan Mohd Sharim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan 2 calon Bebas, iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

    Tengku Zainul sekadar meraih 1,222 undi dan Shukri mendapat 137 undi sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang wang deposit.

    Zaliza berkata, terdapat 239 undi rosak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 65 pusat mengundi ditutup 5.30 petang ialah 73.87%

    Seramai 20,816 daripada 20,972 pengundi biasa layak mengundi dalam PRK kali ini, manakala 156 orang mengundi secara pos.

    Ini adalah kemenangan ke-6 BN daripada 11 PRK, iaitu Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Sandakan, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

    BN pula tidak bertanding di PRK Balakong, Seri Setia, Port Dickson, Sandakan (kerusi Parlimen di Sabah ini ditandingi DAP).

    Ia juga merupakan kemenangan pilihan raya pertama gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk berikutan tumbangnya pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Februari lepas.

    PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

    Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak pilihan raya umum ke-11.

    Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

    Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar sebanyak 12,650 undi.

    Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK Chini mengumumkan Mohd Sharim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan 2 calon Bebas, iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

    Tengku Zainul sekadar meraih 1,222 undi dan Shukri mendapat 137 undi sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang wang deposit.

    Zaliza berkata, terdapat 239 undi rosak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 65 pusat mengundi ditutup 5.30 petang ialah 73.87%

    Seramai 20,816 daripada 20,972 pengundi biasa layak mengundi dalam PRK kali ini, manakala 156 orang mengundi secara pos.

    Ini adalah kemenangan ke-6 BN daripada 9 PRK yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

    BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis.

    Ia juga merupakan kemenangan pilihan raya pertama gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk berikutan tumbangnya pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Februari lepas.

    PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

    Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak pilihan raya umum ke-11.

    Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

    shorturl.at/aiKP5
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here