Bank Islam sedia bantu pelanggan pasca moratorium

0
586

KUALA LUMPUR –– Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) menggalakkan para pelanggannya yang terjejas akibat COVID-19 untuk menghubungi Bank bagi mengatur penyelesaian terbaik memandangkan tempoh moratorium selama enam bulan dijadualkan tamat pada bulan September.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Kami peka dengan keperluan para pelanggan dan secara proaktif telah menyediakan pelbagai penyelesaian berdaya maju untuk membantu mereka mengatasi keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik yang memberi kesan kepada perniagaan kecil dan runcit.

Segmen tersebut juga merupakan kumpulan portfolio pembiayaan terbesar Bank.

COVID-19 membawa cabaran yang tidak pernah dijangka, dan kesukaran yang dialami semua pihak adalah berbeza.

Sehubungan itu, Bank telah memberi moratorium selama 6 bulan, dan pelanggan akan membayar jumlah ansuran yang sama selepas tempoh tersebut. Sepanjang 6 bulan pelaksanaan moratorium, Bank Islam telah membantu lebih daripada 394,000 pelanggan daripada segenap segmen.”

“Pelan strategik telah dirangka dan Bank sentiasa bersedia untuk memastika keperluan kewangan pelanggan diberi keutamaan serta mereka bersedia untuk mencari jalan keluar daripada persekitaran yang mencabar ini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah datang untuk berbincang dengan kami.” tambah Mohd Muazzam.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan alternatif penyelesaian bayaran Bank Islam, pelanggan dinasihatkan ke cawangan Bank Islam berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03 2690 090

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here