Wajarkah rakyat dinasihati bila pemimpin ada masalah mental?

0
1067

Oleh Azizi Ahmad

APA sebenar yang berlaku mengenai percaturan politik dan pemilihan pucuk pemimpinan negara masa kini menjadi bualan harian.

Kenyataan bakal pemimpin negara juga seperti tidak pasti, ada yang seolah ya kadangnya pulak tidak; dan kerap kalinya kerap berpatah balik dari kenyataan asal.

Dalam pada itu, terdapat juga kenyataan dari badan profesional kesihatan mental yang memaklumkan peningkatan gangguan mental dalam kalangan kanak-kanak Malaysia dan rakyat umumnya.

Satu masalah dengan komen profesional kesihatan mental di atas adalah dikenali sebagai “Peraturan Goldwater (The Goldwater Rule).”

Ini adalah merupakan salah satu prinsip Persatuan Psikiatri Amerika bahawa adalah tidak beretika bagi ahli psikiatri untuk menyuarakan pendapat profesional mereka mengenai tokoh awam yang belum mereka kaji sendiri.

Ia timbul setelah ahli psikiatri mempersoalkan kecergasan mental Senator Barry Goldwater pada tahun 1964.

Peraturan Goldwater sudah pasti telah menghalang banyak profesional kesihatan mental untuk tidak bercakap atau mengeluarkan pendapat.

Namun, ada yang berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan tugas ahli psikiatri untuk memberi amaran kepada masyarakat daripada lebih mengutamakan peraturan. Adakah mereka betul untuk melakukannya?

Pertama, penting untuk diperhatikan bahawa Peraturan Goldwater adalah khusus untuk Persatuan Psikiatri Amerika. Ia tidak boleh di guna pakai  untuk semua badan kesihatan mental lain.

Sebagai contoh, Persatuan Psikoanalitik Amerika telah menyatakan bahawa “ia tidak menganggap komen politik oleh anggotanya sebagai masalah etika.”

Kedua, Peraturan Goldwater adalah perlindungan penting terhadap “kes psikiatri elit”, ia mungkin tidak berlaku untuk semua kes.
Ia direka bentuk untuk mencegah ahli psikiatri dari menyuarakan pendapat mereka secara sembarangan, tanpa maklumat dan fakta nyata dan tanpa penilaian yang tepat.

Namun, ahli psikologi Vince Greenwood berpendapat bahawa, dalam kes Presiden Trump sebagai contoh, “sejarah hidupnya didokumentasikan dengan baik sehingga penilaian menyeluruh nampaknya adalah mungkin … Kita dapat melihat setiap hari ciri psikopat yang ditunjukkan oleh Trump dalam tingkah lakunya.

Dalam 20 rangkuman Senarai Semak Psikopati Hare (Hare Psychopathy Checklist ) Presiden Trump menunjukkan dengan jelas 16 sifat dan skor keseluruhannya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan rata-rata banduan penjara. ”

Ahli Psikoterapi Elizabeth Mika (pengarang bersama The Dangerous Case of Donald Trump (di mana 37 profesional kesihatan mental menyuarakan kebimbangan mereka) bersetuju, dengan menyatakan bahawa ‘Kami mempunyai lebih banyak bukti mengenai gangguan watak Trump; data dari biografinya, pernyataannya sendiri, orang yang dekat dengannya, dan tingkah laku yang dapat dilihat, daripada yang dapat kita kumpulkan dari mana-mana pesakit kita dalam keadaan klinikal. ‘

Terdapat juga pertimbangan etika tentang Peraturan Goldwater itu sendiri.

Dalam sebuah artikel dalam The Journal American of Psychiatry and the Law, Jerome Kroll dan Claire Pouncey berpendapat bahawa Peraturan Goldwater itu melanggar hak bersuara seseorang dalam  mengucapkan suara hati mereka, dan menimbulkan konflik antara peranan seseorang sebagai warga negara dan sebagai tokoh profesional.

Mereka berpendapat bahawa ada ‘alasan yang sah untuk memberikan peluang pendidikan yang bermakna kepada orang ramai dan menyuarakan keprihatinan psikiatri sebagai tindakan hati nurani.’

Patokrasi (Pathocracy) adalah mengenai konsep yang dikembangkan oleh ahli psikologi Poland Andrew Lobaczewski , yang menerangkan perkaitan kuat antara kekuatan politik dan gangguan keperibadian.

Kuasa politik memang menjadi daya tarikan yang sangat kuat bagi mereka yang mengalami gangguan keperibadian seperti psikopati dan narsisme yang ganas.

Dan kerana kepentingan diri (terutama mereka yang kejam dan gila kuasa) orang-orang seperti itu pasti memperoleh kedudukan dan kekuasaan.

Apabila golongan pemerintah dikuasai oleh mereka yang bermasalah  gangguan peribadi, mereka menjadi ‘golongan patokrasi’.

Mereka yang mempunyai masalah gangguan peribadi seperti narsisisme jahat boleh jadi menawan dan berkarisma.

Apabila mereka menjadi ahli politik, orang awam sering terikut dan menyokong mereka.

Egoisme golongan patokrat (pathocrat) disalah anggap sebagai ‘pejuang  negara’; gerak hati mereka disalah anggap sebagai ketegasan; kekurangan empati mereka disalah anggap sebagai kekuatan minda.

Oleh kerana ahli mental profesional adalah antara sebahagian kecil populasi yang dapat mengesan gangguan keperibadian, mereka pasti mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi permasalahan mereka.

Apabila para saintis menyedari bencana alam yang akan berlaku seperti gempa bumi, mereka mempunyai kewajiban untuk memberitahu kita tentangnya.

Dengan cara yang sama, ketika para saintis sosial seperti ahli psikologi menyedari akan bencana politik yang akan terjadi, mereka pasti juga mempunyai kewajiban untuk mengingatkan orang ramai.

Seperti yang dinyatakan oleh Elizabeth Mika, Peraturan Goldwater “membawa kepada situasi yang tidak masuk akal di mana mereka yang paling berkelayakan untuk memberi pandangan mengenai kesihatan mental pemimpin yang jelas terganggu dan kesan malapetaka terhadap negara dan dunia adalah yang paling tidak mampu melakukannya.”

Oleh kerana begitu banyak negara lain menderita di bawah kepemimpinan patologi yang zalim, negara kita boleh menganggap dirinya beruntung kerana kerana proses dan prinsip demokratik yang ditetapkan oleh para pengasas iaitu terhindar dari keterlaluan patokrasi.

Adakah Malaysia sedang mengalami dan mengharungi ‘patokrasi’?.

Salah satu ciri patokrat ialah mereka membenci demokrasi dan melakukan segala yang mereka mampu untuk melemahkannya.

Namun, semoga demokrasi akan tetap kuat dan utuh, untuk menghentikan patokrasi sepenuhnya.

Oleh itu, ahli profesional kesihatan mental seharusnya boleh dan bahkan mempunyai kewajipan untuk menyumbang dalam usaha ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here