‘Durian terbang’ cedera pemandu lori, pembantu

    0
    569

    Oleh Fetty Rara

    DALAM satu kejadian yang luar biasa di Balik Pulau, Pulau Pinang minggu lalu, dua orang mengalami kecederaan angkara sebiji ‘durian terbang.’

    Juruteknik servis penyaman udara Lim Chai Huat, 43 dan pembantunya warga negara Bangladesh menerima rawatan di Hospital Balik Pulau setelah durian tersebut ‘terbang’ memasuki tingkap lori yang terbuka lalu terkena bahagian kepalanya dan kemudian ‘menyerang’ tangan dan kaki pekerja Bangladesh itu.

    Ketika kejadian mereka dalam perjalanan untuk melakukan servis penyaman udara di Paya Terubong, lapor The Star.

    Akibat hentaman durian tersebut Chai Huat hilang kawalan pemanduan hingga menyebabkan lori tersebut melanggar sebuah kereta di parkir tepi jalan.

    Chai Huat membuat laporan polis pada pukul 2 petang pada Khamis lalu.

    Musim durian di Balik Pulau ialah daripada Jun hingga akhir Julai.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here