Mahkamah perintah anak Najib bayar tunggakan cukai RM37.6 juta

    0
    566

    KUALA LUMPUR  — Datuk Mohd Nazifuddin Najib dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

    Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus dalam kes saman terhadap anak lelaki bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

    Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi.

    Dalam penghakiman, Ahmad Zaidi, berkata, antara lain, LHDN sebagai plaintif telah membuktikan secara jelas tuntutannya manakala Mohd Nazifuddin, selaku defendan, gagal menunjukkan merit dalam penyata pembelaannya.

    Kerajaan Malaysia memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai tahun lalu, mendakwa Mohd Nazifuddin, 37, masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 sehingga 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

    — BERNAMA

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here