Hampir 4,900 menganggur di Sabah kerana kawalan pergerakan

    0
    568

    KOTA KINABALU — Menteri yang bertanggungjawab hal sumber manusia Sabah, Yusof Yacob berkata hampir 4,900 orang daripada 128 syarikat yang berdaftar dengan kementeriannya hilang pekerjaan kerana kawalan pergerakan untuk mengekang penularan Covid-19.

    Menteri pendidikan dan inovasi itu berkata mungkin ribuan lagi tiada pekerjaan, terutama mereka yang berkhidmat di sektor perkhidmatan.

    “Kerajaan Sabah memperuntukkan RM20 juta bawah pakej New Deal ke-2 yang diumumkan Ketua Menteri Shafie Apdal,” katanya, dan menambah dana itu bertujuan untuk melatih kemahiran baru atau meningkatkan kemahiran mereka yang hilang pekerjaan.

    “Kita menghubungi pelbagai institusi swasta untuk kemukakan cadangan kepada kami dalam hal melatih semula pekerja terbabit, serta menyediakan pelbagai kursus kemahiran bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia untuk menangani isu ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Beliau menambah syarikat boleh menawarkan kursus usahawan untuk membantu peserta memulakan perniagaan.

    “Kami akan tawarkan program kepada mereka yang berdaftar dengan kami. Kami berharap mereka akan dapat tidak lama lagi.”

    Beliau berkata kerajaan negeri juga menyediakan kemudahan mikrokredit faedah rendah untuk rakyat Sabah menerusi Sabah Credit Corporation bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

    Banyak syarikat terpaksa tutup dalam 3 bulan tempoh perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac. Keadaan ini menyebabkan beberapa majikan terpaksa memberhentikan pekerja atau meminta mereka ambil cuti tanpa gaji.

    Yusof berkata program pertama untuk melatih pekerja terbabit akan bermula pada pertengahan Julai, diikuti dengan karnival kerja yang sedang dirancang.

     

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here