Keadaan mencabar kembali bagi bandar raya Melbourne

0
560

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

HANYA dua minggu lalu apabila jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin bertambah, timbul kebimbangan dan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk Melbourne.

Sebagai langkah berjaga-jaga ramai yang membatalkan rancangan untuk keluar kawasan dan hanya tunggu untuk melihat perkembangan selanjutnya.

Ramai juga berkata tidak perlu dirisaukan sangat kerana disangka keadaan paling berbahaya telah berlalu dan Australia kini berjaya keluar daripada cengkaman perintah ‘lockdown’ Covid-19 selama lebih sebulan dengan ‘selamat’.

Bagaimana pun, bagi pihak berkuasa apa yang berlaku sekarang tidak boleh dipandang ringan, justeru beberapa kawasan telah diletakkan dalam keadaan ‘lockdown’, tentera dikerahkan untuk membantu menjaga keadaan dan ujian Covid-19 dipertingkatkan, lapor bbc.com.

Buat kali pertama di Australia jangkitan dalam komuniti seolah-olah telah mula menapak dengan jumlah melonjak melebihi 100 kes sejak hujung minggu lalu.

Hari ini jumlah jangkitan dilaporkan telah mencecah 200 kes.

Pengumuman ‘lockdown’ hanya dikeluarkan pada tengah hari, tetapi sebelum itu ramai penduduk dapat mengagak apa yang akan berlaku.

Memandangkan keadaan semakin meruncing ramai yang bergegas untuk menziarahi saudara mara dan membeli-belah pada saat-saat akhir kerana mereka tahu bahawa ‘lockdown’ kedua ini akan menjadi lebih mencabar dari segi mental dan kewangan.

Keadaan dianggap lebih teruk kerana kali ini hanya Melbourne akan berdepan dengan wabak Covid-19 sementara bahagian-bahagian lain di Australia telah pulih atau berjaya memperlahankan penularan virus.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here