Siti Nordiana berubah angkara lakonan Fikry

0
936
Siti Nordiana bakal muncul single baharu, Angkara pada 17 Julai ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SELALUNYA sebelum single baharu dilancarkan, Siti Nordiana sering memuat naik status berapa hari lagi lagu baharunya itu akan dilancar dalam Instagram miliknya.

Kali ini pendekatan yang diguna oleh Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana itu lebih sofistikated, tidak lagi menghitung hari seperti selalu.

Bagi mencipta kelainan, Nana yang bakal muncul dengan single ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan Nana, beliau dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik, Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.

“Drama pendek itu adalah  hasil sentuhan Khairul Hazwan yang mengandungi empat episod. Persoalan daripada drama pendek itu akan terjawab pada episod akhir, episod keempat itu juga adalah video muzik penuh Angkara.

“Episod pengenalan sudah ditayangkan pada 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music. Idea nak buat cerita pendek timbul selepas saya lihat anak, Muhammad Rayyan Nakhaie,  yang suka menonton filem pendek di YouTube,” jelasnya.

Menurut Nana, beliau tidak pernah terfikir untuk buat kelainan selain ‘countdown’ sebelum keluar video muzik. Namun untuk Angkara, beliau mahu bagi ekstra kejutan dan drama kepada peminat.

Masih memilih Fikry Ibrahim untuk video muzik Angkara kerana pelakon itu mudah memberi kerjasama.

Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.

“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya maka terhasillah video muzik ini.

“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.

Teristimewa buat peminat Nana juga, video muzik Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.

Idea untuk buat drama pendek bagi video muzik Angkara tercetus apabila Nana melihat anaknya yang gemar menonton drama di YouTube.

“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.

“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.

“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.

Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan, 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, pukul 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan serentak dengan lagu Angkara secara rasmi pada 17 Julai.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here