Suara burung kuning di China disangka bunyi ‘naga’ mengeram

1
8653

ANEH… Ribuan penduduk di sebuah kampung di Xiushui, wilayah Guizhou berpusu-pusu keluar dari rumah setelah dengar suara jeritan keras seumpama bunyi seekor naga yang mengeram.

Media tempatan melaporkan bahawa mereka dakwa jeritan kuat haiwan itu begitu jelas waima menyebabkan ramai datang mengerumuni puncak di sebuah bukit di perkampungan tersebut.

Visual rakaman peristiwa aneh itu turut disiarkan laman sesawang tempatan, Pear Video yang menunjukkan penduduk setempat teruja memenuhi kawasan tinggi berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, ekoran ramai pengunjung cuba cari punca bunyi binatang misteri tersebut, pihak berkuasa terpaksa tutup laluan itu dan sepasukan saintis dihantar bagi siasat kes berkenaan.

Penduduk dilapor mendakwa suara pelik itu mula muncul sejak 20 Jun lalu dan rakaman video turut menunjukkan ada beberapa orang yang kelihatan menjerit dengan kata: “Ia mengeram!”

Kes berkenaan menarik perhatian ramai pengguna media sosial di China dengan ada netizen mendakwa ia seperti suara naga manakala yang lain berpendapat itu mungkin raungan harimau.

Namun saintis zoologi tempatan yang turut tertarik dengan misteri tersebut menjelaskan, bunyi itu sebenarnya berasal dari sejenis burung kecil yang dirujuk sebagai buttonquail berkaki kuning.

Kawanan burung kecil ini memang kerap bernyanyi sepanjang musim mengawan dan suara kuat dari spesies betina haiwan berkenaan juga dapat didengar jelas hingga jarak 100 meter jauhnya.

Pandangan dikemukakan pakar mergastua unggas itu turut disahkan oleh beberapa penduduk kampung yang dakwa pernah melihat sekumpulan burung berkenaan ketika ceria buat kicauan.

Seorang guru sekolah rendah, Liu Fuqiong menyatakan kepada Pear Video bahawa: “Burung ini berdengung dua atau tiga kali berulang setiap enam atau tujuh minit. Suara itu sangat kuat.

“Saya fikir suara itu juga cukup aneh. Ramai penduduk cari hingga ke ladang jagung dan dapati seekor burung kuning dengan ekor yang sangat pendek,” jelasnya kepada media tempatan.

Ketua pusat perlindungan hidupan liar wilayah, Ran Jingcheng menyatakan: “Masyarakat di daerah lain juga dengar suara yang sama sebelumnya. Tapi mereka tidak terlalu fikirkannya.”

Dalam pada itu, pihak polis setempat telah menahan empat penduduk kerana menyebarkan khabar angin secara atas talian yang mendakwa konon suara itu adalah dari seekor naga.

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Alhamdulillah Ya Allah…
    Moga dipermudahkan urusan supaya Malaysia dan kerajaan yg ada sekarang ini menjungjung kembali dan menaikn semula mertabat tulisan jawi ini..
    Harap di wajibkan dalam korikulum sekolah kebangsaan dan pra sekolah.
    Latihtubi supaya mudah mengenal ayat ayat untuk membaca Al Quran

Leave a Reply to Normah Ab.Majid Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here