Covid-19: Presiden Brazil Bolsonaro didapati positif

0
408
BOLSONARO menanggalkan pelitup muka yang dipakai terbalik.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro didapati positif Covid-19.

Jangkitan dikesan setelah beliau menjalani ujian keempat pada Isnin lalu kerana mengalami suhu badan yang tinggi.

Sebelum itu Bolsonaro telah beberapa kali mengambil ringan risiko jangkitan apabila mengalami selesema, dan sebagai presiden membantah pelaksanaan perintah ‘lockdown’ yang menurutnya hanya akan menjejaskan ekonomi.

Pendirian yang dianggap tidak bertanggungjawab bagi seorang pemimpin tertinggi negara itu kini menyaksikan Brazil mencatatkan jumlah kes jangkitan dan kematian Covid-19 kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, lapor bbc.com.

Semalam Bolsonaro mengumumkan di TV bahawa demam yang dialami beliau telah menurun dan beliau berasa sihat.

Beliau mula mengalami gejala pada Ahad setelah berikutan kenaikan suhu badan, batuk dan demam.

Apabila keadaan menjadi semakin serius pada Isnin beliau terpaksa menjalani ujian.

Beliau juga mengaku telah mengambil hydroxychloroquine yang amat diyakini ‘keberkesanannya’ oleh Presiden AS Donald Trump, selain mengambil antibiotik azithromycin bagi mengubati demamnya.

Kedua-dua rawatan itu, bagaimana pun, didapati langsung tidak berkesan.

Bagi Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan apa yang berlaku kepada Bolosonaro merupakan bukti sahih bahawa semua manusia tidak terkecuali daripada risiko jangkitan Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here