Isu Hina UMNO: Kenyataan saya disalah tafsir, dakwa Menteri

0
461

MENYEDARI keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkannya, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abul Latiff Ahmad hari ini tampil memohon maaf.

Abd. Latiff berkata mengaku salah dan meminta maaf adalah sifat azali Adam, bukan sombong macam iblis, sudahlah salah tetapi tidak mahu mengalah dan derhaka.

Meskipun begitu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kenyataannya telah disalah tafsir hingga mengecilkan hati sesetengah pihak.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh PN BBC.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abd. Latiff yang mendakwa UMNO Sabah tidak sudah tidak laku menjadi viral di laman sosial.

Abd. Latiff berkata: “Orang Sabah, dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.

“Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu”.

Mengulas lanjut, Menteri itu berkata, selaku ahli Parti Bersatu, beliau mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional.

“Musuh sebenar adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan Saya” katanya.

Abdul Latiff adalah bekas Ahli Parlimen UMNO (Mersing) yang melompat ke parti Bersatu bersama beberapa yang lain selepas BN kalah pada PRU14. Beliau menang di parlimen Mersing di atas tiket BN dan sokongan dari pengundi UMNO.

-Malaysia Gazette

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here