Oleh Yusoff Ahmad Shariff
DUA universiti elit di Amerika Syarikat mengemukakan saman terhadap perkhidmatan imigresen negara itu berikutan tindakan untuk menarik balik visa pelajar asing yang terpaksa mengikuti kuliah secara dalam talian.
Saman difailkan oleh Harvard University dan Massachussets Institute of Technology (MIT) terhadap Homeland Security and Immigration and Customs Enforcement (ICE), lapor bbc.com.
Menurut mereka tindakan oleh ICE dilakukan tanpa mengambil kira kesihatan pelajar, fakulti, staf universiti atau komuniti dan tidak memberikan pilihan kepada beratus ribu pelajar antarabangsa di AS.
Presiden Harvard University Lawrence Bacow menyifatkan arahan oleh ICE itu merupakan dasar yang tidak patut dan salah di sisi undang-undang.
-BebasNews