Oleh Fetty Rara
LONJAKAN jumlah jangkitan Covid-19 memaksa kerajaan Bengal Barat ketatkan perintah ‘lockdown’ di beberapa kawasan yang mengalami kadar kes tinggi.
Berikutan itu semua pejabat diarahkan tutup, sistem pengangkutan dihentikan dan tiada aktiviti pemasaran, industri atau perdagangan dibenarkan, lapor bbc.com.
Bengal Barat mempunyai 90 juta penduduk.
Peraturan baharu yang bermula pagi tadi akan dikuatkuasakan selama seminggu.
Dengan sebanyak 24, 823 kes dicatatkan, Bengal Barat kini muncul sebagai negeri paling teruk terkesan oleh Covid-19.
Pada Selasa sahaja wilayah tersebut merekodkan lebih daripada 800 jangkitan baharu.
-BebasNews
Please follow and like us: