Perceraian Sharifah Sakinah tidak libatkan orang ketiga

0
1123

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEWAKTU perintah pergerakan kawalan (PKP) rakyat diarah untuk tinggal di rumah dan secara tak langsung mengeratkan hubungan antara ahli keluarga yang sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan peribadi.

Lain pula halnya dengan pelakon Sharifah Sakinah, 31, yang berpisah rumah dengan suami, Aliff Adha Jamil sewaktu PKP dan akhirnya diikuti dengan putusnya ikatan pernikahan.
Sakinah dalam temu bual dengan BH Online hari ini (9 Julai) memberitahu, beliau dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu. Perpisahan kami berlaku dengan cara baik. Keputusan yang diambil perlu menitik beratkan soal anak juga, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun,” kata pemilik nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar.

Ramai yang tidak sangka Sakinah dan Aliff ada masalah dalam rumah tangga kerana mereka sering dilihat sebagai pasangan serasi.

Namun hubungan mereka dilihat tidak senada apabila Aliff dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk bersosial di internet.

Bagaimanapun Sakinah menafi dakwaan yang mengatakan perpisahan mereka itu disebabkan oleh kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang dibina pada 28 Mac 2015.

Beliau lebih senang memberitahu bahawa dirinya tidak mampu menjadi isteri terbaik kepada juruterbang itu.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here