Gara-gara durian, gajah liar sanggup pecah masuk kedai

    0
    459

    SEDAP… Bau buah berduri ini ternyata memikat bukan sahaja golongan manusia, tetapi haiwan dan inilah berlaku di Thailand apabila seekor gajar liar memecah masuk sebuah kedai pertanian.

    Menurut laporan media tempatan, haiwan darat berkenaan nekad rempuh premis di Phetchaburi itu pada petang 7 Julai lepas hanya untuk makan lebih daripada 10 biji durian disimpan di situ.

    Kejadian aneh tersebut berlaku di hutan Kaeng Krachan, iaitu taman negara terbesar di Thailand yang terletak berdekatan dengan kawasan Hua Hin serta berhampiran sempadan Myanmar.

    Pemilik kedai tersebut, Siriphon Kerdsuchon memberitahu wartawan bahawa gajah berkenaan, yang barangkali dalam usia remaja, berjaya menikmati lebih 10 biji buah kegemaran ramai itu.

    Nilai kerugian dianggarkan bernilai sekitar 12,000 baht (kira-kira RM1,600) malah ini sebenarnya merupakan kes kali kedua selepas haiwan sama itu juga dilaporkan pernah datang sebelumnya.

    Ini mengakibatkan pintu kedai yang baru sahaja dicat dan dipasang kembali sebelum itu rosak semula apabila gajah berkenaan pertama kali pernah merempuh masuk ke dalam kedai sama.

    Siriphon yang berada di dalam kedainya apabila gajah itu datang tanpa diundang untuk makan malam, berkata bahawa beliau sudah bersedia dengan kamera untuk rakam aksi gajah tersebut.

    Wanita berusia 47 tahun itu namun berkata, ia bukan insiden luar biasa dan jika beliau berhasrat tuntut pampasan dari pihak taman negara, nilainya amat kecil serta perlu tunggu masa lama.

    Renjer taman negara, Jiranun Sawatkul berkata siasatan sedang dijalankan dan mereka sedang kumpul bukti kerana gajah memang bebas berkeliaran di sekitar wilayah itu sejak 15 tahun lalu.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here