Roger Stone: Trump tidak penjarakan bekas penasihat, cetus kemarahan pengkritik

0
325

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah menukar hukuman penjara ke atas bekas penasihat beliau, Roger Stone.

Tindakan tidak memenjarakan Stone tetapi masih tidak diberikan keampunan itu diumumkan selepas sebuah mahkamah menolak permohonan oleh beliau supaya menunda tarikh permulaan hukuman penjara selama 40 bulan, lapor bbc.com.

Stone didapati bersalah kerana berbohong kepada Kongres selain menghalang dan mengganggu saksi.

Beliau merupakan pembantu Trump yang keenam didapati bersalah dalam siasatan oleh Jabatan Kehakiman AS ke atas dakwaan bahawa pernah berlaku campur tangan Rusia semasa kempen Trump pada 2016.

Stone, 67 tahun sepatutnya melaporkan diri di penjara persekutuan di Jesup, Georgia Selasa depan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here