Kerajaan Filipina tolak pembaharuan lesen penyiaran stesen TV utama Filipina ABS-CBN

0
415

Oleh Fetty Rara

PERMOHONAN stesen TV terbesar Filipina, ABS-CBN untuk memperbaharui lesen penyiaran ditolak oleh kerajaan setelah siaran dihentikan sejak Mei lalu.

Sebuah jawatankuasa parlimen semalam memutuskan untuk tidak membenarkan lesen stesen terbesar itu diperbaharui atas alasan kononnya mereka tidak layak diberikan lanjutan selama 25 tahun lagi, lapor bbc.com.

Pengkritik berkata tindakan itu ada kaitan dengan kelantangan ABS-CBN mengkritik Presiden Rodrigo Duterte.

Semasa kempen pilihan raya Duterte pada 2016 ABC-CBN telah enggan menyiarkan iklan mempromosikan Duterte.

Stesen yang juga memiliki berpuluh stesen radio dan TV lain di Filipina itu menghentikan siaran pada 4 Mei setelah tempoh lesen tamat.

Sebelum keputusan itu diumumkan, penyokong ABS-CNN telah memuat naik video dan gambar penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan bangunan Kongres sambil memegang poster mendesak supaya dipertahankan kebebasan dan menghentikan pemangsaan akhbar.

Bagi timbalan pengarah badan hak asasi Human Rights Watch, Phil Roberston, apa yang berlaku sekarang nyata menunjukkan sikap dan pendirian membodek wakil kongres yang tunduk kepada Duterte walaupun beliau secara serius menghadkan kebebasan media di Filipina.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here