Azmin, berhentilah bergaduh…

0
7843

SEMALAM Menteri Persekutuan dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak (JTPD) di Pejabat Daerah Gombak.

Minggu lepas dia juga telah mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.

Dalam kedua-dua mesyuarat ini, dia mempengerusikan mesyuarat bersama agensi-agensi sosio-politik dan pembangunan kerajaan negeri Selangor.

Namun demikian Azmin tidak jemput wakil-wakil rakyat pembangkang (Muafakat Nasional) di peringkat negeri dalam mesyuarat-mesyuarat ini walaupun dia (Azmin) sendiri kini sudah menjadi pembangkang di negeri Selangor.

Sama ada Azmin ini masih keliru dia kini di pihak yang mana, atau dia lebih selesa bersama PKR, sebab itu dia tidak jemput MN untuk bersama dalam mesyuarat-mesyuarat penting ini.

Kepada Azmin, sebelum ini anda telah bergaduh dengan rakan-rakan anda iaitu Anwar, Tun Mahathir, dan DAP. Mereka-mereka ini kini menggelar anda pengkhianat.

Kali ini fikirlah masak-masak dan buatlah tindakan yang bijak. Jangan bergaduh dengan semua orang.

ISHAM JALIL
12 Julai 2020

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here