[KEMASKINI] Covid-19: Aishwarya Rai, Amitabh Bachan, Abishek stabil setelah didapati positif

0
725

Oleh Fetty Rara

Pelakon megastar Bollywood Aishwarya Rai Bachan dan anak perempuannya didapati positif Covid-19 hari ini.

Berita tersebut menyusul sehari selepas bapa mertuanya, pelakon legenda Amitabh Bachan dan suaminya Abhishek Bachan dijangkiti virus.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mereka dimasukkan ke hospital yang sama di mana Abishek dan Amitabh dirawat.

Terdahulu, Amitabh Bachan dan anaknya Abishek dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah didapati positif Covid-19.

Semalam, bintang filem legenda berusia 77 tahun itu telah menghantar tweet bahawa ujian mendapati beliau positif dijangkiti virus berbahaya itu, lapor media tempatan.

Selang beberapa minit kemudian menyusul pula tweet daripada anaknya, pelakon Abishek Bachan, 44, memaklumkan bahawa beliau juga dijangkiti.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Nanavati di Mumbai walaupun gejala yang dikesan tidak serius.

Hari ini jurucakap hospital berkata Amitabh dan Abishek berada dalam keadaan stabil.

Dalam perkembangan berkaitan pihak berkuasa telah melancarkan operasi nyah kuman di kediaman mewah Amitabh di Mumbai, termasuk menyembur cecair pembasmi kuman di serata laman dan kenderaan di situ.

Sejak wabak Covud-19 merebak di India, Amitabh Bachan merupakan tokoh terkemuka dalam usaha mengekang virus tersebut melalui iklan pemakluman awam yang menggesa orang ramai memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan memastikan penjarakan sosial.

Industri filem India menyambung semula penggambaran setelah sekian lama berhenti kerana perintah ‘lockdown’ di seluruh negara.

Bagaimana pun, pelakon berusia lebih daripada 65 tahun tidak dibenarkan hadir di set penggambaran kerana berisiko tinggi.

Setakat ini India masih menyaksikan pertambahan serius jangkitan Covid-19 dengan lebih 820,000 kes dan 22,000 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here