Covid-19: Ribuan penduduk Israel bantah cara kerajaan tangani ekonomi

0
502

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BERIBU penduduk Israel mengadakan tunjuk perasaan di Tel Aviv bagi membantah kesengsaraan ekonomi berpunca daripada kelemahan kerajaan menangani krisis Covid-19.

Penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak muda berkumpul di Dataran Rabin dengan memakai pelitup muka tanpa mengamalkan penjarakan sosial, lapor bbc.com.

Mereka melaungkan kecaman terhadap kerajaan yang dikatakan lewat mengagihkan bayaran bantuan kepada rakyat.

Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh sekumpulan peniaga kecil, pekerja sendirian dan kumpulan artis.

Mereka berkata langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menyekat mata pencarian, sementara janji kerajaan untuk membantu rakyat masih tidak kesampaian.

Bagi pekerja sepenuh masa, termasuk penjawat awam kerajaan telah pun menyalurkan bantuan walaupun kehidupan mereka tidak terjejas, bagaimana pun yang bekerja sendiri masih menunggu berbulan-bulan untuk menerima bantuan yang dijanjikan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here