Lebih 10 juta kanak-kanak ‘mungkin tidak akan kembali ke sekolah’ selepas Covid-19

Ekoran dilema ini dunia juga bakal mengalami ledakan jurang perbezaan di antara yang kaya dan yang miskin, dan di antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

0
632
FOTO: Wikimedia Commons/Blue Plover / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

WABAK Covid-19 telah menyebabkan keadaan ‘darurat pendidikan yang belum pernah terjadi’, dengan hingga 9.7 juta kanak-kanak terjejas berikutan penutupan sekolah.

Sebuah badan amal British, ‘Save our Education’ memetik data UNESCO yang menunjukkan bahawa pada April lalu sebanyak 1.6 bilion kanak-kanak dan pelajar tidak dapat ke sekolah dan universiti kerana Covid-19 – kira-kira 90% daripada keseluruhan jumlah pelajar di dunia.

Satu laporan yang dikeluarkan badan tersebut berkata, “Buat pertama kali dalam sejarah manusia, satu generasi kanak-kanak di seluruh dunia mendapati pendidikan mereka terganggu.”

Ekonomi yang terjejas mungkin akan memaksa seramai 90 hingga 117 juta lagi kanak-kanak terheret ke dalam kancah kemiskinan susulan gangguan persekolahan.

Dengan begitu ramai akanak-kanak terpaksa bekerja dan anak perempuan pula dipaksa berkahwin awal bagi membantu keluarga mereka, dunia akan menyaksikan antara tujuh hingga 9.7 juta kanak-kanak berhenti sekolah.

Dalam pada itu badan tersebut memberi amaran bahawa krisis yang melanda sekarang akan mengurangkan sehingga 77 bilion dolar Amerika bagi belanjawan pendidikan di negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan menjelang 2021.

Ekoran dilema ini dunia juga bakal mengalami ledakan jurang perbezaan di antara yang kaya dan yang miskin, dan di antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Sehubungan itu, Save our Education menggesa semua kerajaan dan penyumbang supaya memperbanyakkan pelaburan bagi menyokong rancangan pendidikan global baharu untuk membantu kanak-kanak kembali ke sekolah apabila keadaan selamat dan sebelum itu memberi sokongan penuh kepada usaha pembelajaran jarak jauh (dalam talian).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here