PN berjaya gugurkan speaker dengan 111 undi

    0
    717

    PERIKATAN Nasional (PN) berjaya menggugurkan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

    Seramai Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.

    Timbalan speaker Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang itu.

    Ariff akan digantikan oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.

    Pemerhati melihat usul ini sebagai tanda kejayaan Muhyiddin menunjukkan sokongan diterimanya.

    Dalam sidang sebelum ini, beliau mempunyai majoriti tipis 113 anggota parlimen.

    https://bit.ly/3j3ULNJ
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here