Indonesia: Pertandingan menyumpah Covid-19

0
610

Oleh Fetty Rara

PELBAGAI cara dilakukan untuk menangani wabak Covid-19 di serata dunia, tetapi satu pendekatan di Indonesia dianggap amat luar biasa.

Bagi satu kumpulan yang dikenali dengan nama Pergerakan Budaya Jawasastra caranya ialah dengan menganjurkan pertandingan antarabangsa menyumpah virus Covid-19 dalam bahasa Jawa sebagai cara untuk melepaskan kemarahan terhadap wabak tersebut, lapor bbc.com.

Menurut kumpulan tersebut setiap orang merasakan emosi, menahan kerinduan kampung halaman, menahan kemarahan, dan jika tidak berasa malu mereka mungkin rasa terpanggil untuk “memuntahkan ribuan sumpahan terhadap tuhan.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada laman web mereka, Jawasastra berkata pemenang pertandingan akan dianugerahkan gelaran “maharaja sumpah”, selain mendapat sebungkus kopi, tiga buah buku, satu sijil menyumpah, T-shirt, barang keperluan harian dan pemetik api.

Di antara penyertaan termasuk sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menyumpah dalam bahasa Jawa,”Hey, koronavirus, kau tu anjing! Kau telah membunuh sumber pencarian kawan-kawan aku hingga mereka tidak lagi dapat bekerja!”

Setakat semalam (Ahad) Indonesia telah mencatatkan lebih 75,000 kes positif Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here