UAE teruja lancar misi pertama kapal angkasa ke Marikh

0
311

BERSEJARAH… Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini berjaya bangun program tenaga nuklear dan hantar rakyatnya ke stesen angkasa antarabangsa tahun lalu, bakal melakar satu lagi rekod.

Negara Asia Barat itu kali ini merancang untuk bersaing dengan beberapa buah negara elit lain terutamanya Amerika Syarikat (AS), melalui misi khas pertama ke Marikh pada 15 Julai depan.

UAE yang lazim terkenal dengan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai sejak tahun 2009 dan tarikan pelancongan mega, kini dilapor teruja jadi dunia Arab pertama berbuat demikian.

Projek angkasa itu juga bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penyatuan tujuh wilayah UAE setelah capai kemerdekaan penuh daripada era penjajahan British yang bermula pada tahun 1820.

Menurut laporan media tempatan, Khaleej Times, kapal angkasa lepas tanpa pemandu dikenali sebagai ‘Hope’ dijangka tiba ke sasaran di planet berwarna kemerahan itu sekitar Februari 2021.

Pesawat program dikenali sebagai Misi Harapan Marikh UAE ini dijadualkan berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima milik kerajaan Jepun, di pulau Osumi selatan negara itu pada 15 Julai.

Tidak ketinggalan ialah AS yang turut melancar misi kelima pada akhir bulan ini ekoran jarak bersesuaian antara Bumi dan Marikh direkod amat dekat dalam tempoh lebih dua tahun.

Meskipun dianggap ‘pemain’ baharu, UAE sudah merangka pelan jangka panjang dengan merancang banyak projek untuk mengubah suasana gersang tandus di planet itu bagi didiami manusia.

Menjelang pelancaran misi ke Marikh, UAE turut buka pintu kepada masyarakat Arab di seluruh rantau itu yang berminat untuk ambil bahagian dalam program angkasanya selama tiga tahun.

Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC), yang mengetuai projek itu kira-kira 450 staf dengan lebih separuh adalah warga UAE sendiri, malahan diselubungi dengan rasa keterujaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here