Erra masih lagi tunggu jodoh

0
545
Erra Fazira selesa menjadi duta untuk produk tempatan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

“TIPULAH kalau saya kata tak tahu tentang pergolakan rumah tangga mereka. Saya tahulah sedikit sebanyak tapi secara mendalam sampai ke dasar umbi, saya tak tahu. Malah saya tak mahu tahu dan tak kuasa nak korek. Saya hanya tahu secara surface saja.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Saya tidak pernah tanya, kalau mereka tidak buka mulut, saya pun zip mulut,” kata Erra Fazira menjawab pertanyaan media tentang berita perceraian Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Laudya Cynthia Bella, baru-baru ini.

Kata Erra, selepas berpisah, Bella pernah menghubunginya dan mereka sempat bercakap tapi tidak secara mendalam. Sebagai wanita, jelas Erra, beliau faham keadaan Bella.

“Selepas berpisah, Bella adalah hubungi saya menerusi text. Saya pun memberi semangat kepadanya. Saya rasa tiada siapa yang mahukan perceraian. Saya yakin bekas suami saya pun tak nak. Mereka bukan tak cuba untuk selamatkan tapi inilah ketentuannya.

“Pergolakan itu saya tahu daripada awal tapi saya tidak mahu menjerumuskan diri atau menjadi orang tengah kerana tak manis. Malah saya bukan jenis yang suka korek kisah orang. Apa yang di cerita itulah yang saya cerita. Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi tanpa berpihak kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Dilantik sebagai duta jenama Faith Fleur untuk masa dua tahun.

Erra, 46, yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan rambut, jenama Faith Fleur, di Menara Kuala Lumpur, semalam (13 Julai) sempat menitip kata-kata semangat kepada Bella.

“Dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya nanti. Allah uji kita sebab Allah sayang dan Dia nak bagi ganjarannya nanti, sabar saja la.

“Saya percaya setiap kali orang berkahwin, pasti dalam hati kata inilah jodoh aku sampai bila-bila tapi tak boleh nak buat macam mana kalau itu suratan,” katanya.

Erra juga sempat memberitahu, perceraian Emran dan Bella sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak kesayangannya, Aleesya yang rapat dengan Bella.

“Saya rasa dia sedih tapi dia nak buat apa kan? Saya dapat rasakan dia sedih dengan keadaan itu sebab dia pun dah sayang Bella. Jangan kata Aleesya, saya percaya bekas suami saya pun sedih, tapi nak buat macam mana dah tak boleh,” jelas pemilik nama penuh Fazira Wan Chek itu.

Erra yang sudah dua kali melalui kegagalan rumah tangga itu berkata, hatinya masih terbuka untuk bergelar isteri. Namun pengalaman lalu membuatkan beliau lebih berhati-hati.

“Siapa yang tak nak kahwin, kalau ada, alhamdulillah. Saya tak pernah menutup pintu hati saya. Benda (jodoh) ini tak boleh dihalang atau dikawal. Kalau kita suka seseorang itu, ikut saja tapi masalahnya sekarang saya tak ada calon.

“Pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati. Bukannya tak ada orang yang berminat nak merisik khabar. Cuma saya saja yang susah nak percaya atau terima, makan masa sikit untuk buat keputusan.

Erra Fazira masih berhubungan dengan Laudya Cynthia Bella.

“Kalau ada seru ke arah settle down, saya nak. Cuma nak pergi tu saya agak berhati-hati sikit. Jadi proses tu agak lambat, takkan saya nak terus redah, saya mesti nak pastikan dulu. Kita pun umur dah berapa, saya nak kahwin pun kali ketiga, ia jadi lebih berhati-hati, lebih lambat proses tu,” jelasnya.

Biarpun beliau tidak mencari calon tapi dalam setiap doa, Erra sentiasa mohon kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik kerana hasrat untuk berkahwin tidak pernah padam.

“Insya-Allah, antara doa saya selalu adalah dipertemukan dengan jodoh yang baik kerana saya berhasrat untuk berjodoh lagi. Lambat laun anak dah besar dan kita perlukan teman. Kalau ada tu, biarlah seseorang yang seimbang dunia dan akhiratnya,” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here