Covid-19: Ekonomi Singapura menjunam teruk

0
1279
FOTO: Wikimedia Commons/Nickobolensky / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Fetty Rara

EKONOMI Singapura menjunam ke kemelesetan pada suku akhir lalu kerana perintah ‘lockdown’ berpanjangan telah menjejaskan perbelanjaan runcit dan perniagaan.

Perkembangan ekonomi di republik itu menyusut sebanyak 41.2% berbanding suku sebelumnya, justeru mencatat penyusutan terbesar, lapor bbc.com.

Pihak berkuasa Singapura meramalkan keadaan sekarang sebagai kemelesetan paling buruk sejak negara itu mendapat kemerdekaan pada 1965.

Angka-angka terkini menyerlahkan betapa teruknya keadaan global disebabkan wabak Covid-19.

Data rasmi menunjukkan bahawa keluaran negara kasar (KDNK) bagi suku kedua juga menyusut sebanyak 12.6% berdasarkan tahun ke tahun.

Sebagai antara negara paling awal mengumumkan data pertumbuhan untuk tempoh tersebut di mana banyak negara berada di bawah perintah ‘lockdown’, angka-angka di Singapura memberi gambaran bagaimana  wabak Covid-19 boleh menjejaskan ekonomi negara di serata dunia.

Keadaan sekarang juga merupakan petunjuk bahawa kesan wabak Covid-19 lebih teruk melanda Singapura berbanding negara-negara lain di Asia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here