Hagia Sophia kekal buka kepada pelawat malah tiket percuma setelah jadi masjid

0
566

SYUKUR… Kebimbangan dunia Barat yang ‘marah’ langkah tegas kerajaan Turki ubah Hagia Sophia daripada muzium kepada masjid semula, akhirnya mula bongkar banyak hikmah tersirat.

Ini termasuk taraf bangunan bersejarah itu kekal dibuka kepada pelawat waima bukan beragama Islam dapat bebas saksi keindahan ruang dalam, malahan percuma tanpa apa-apa bayaran pun.

Situasi tersebut jauh berbeza apabila pengunjung sebelum ini luah keluhan terpaksa kena bayar tiket dengan harga mahal hanya untuk masuk berikutan status elitnya sebagai muzium premium.

Lebih unik, segala mosaik jelas tonjol ikon agama Kristian di Hagia Sophia cuma ditutup dengan tirai khas ketika umat Islam hadir bagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan.

Semua imej kerohanian itu namun dibuka semula untuk tatapan pelawat lepas selesai solat dan ia bakal dilaksanakan apabila umat Islam dibenar beribadah secara rasmi bermula 24 Julai ini.

Demikian jaminan pihak berkuasa agama Islam tempatan atau juga disebut Diyanet yang dipetik media Turki sebagai ulas keputusan oleh pihak Mahkamah Tinggi negara itu pada 10 Julai lalu.

Hakim mahkamah tersebut memutuskan penukaran tapak Empayar Byzantine kurun keenam itu oleh rejim diktator sekular Mustafa Kemal Ataturk kepada muzium pada 1934 adalah tidak sah.

Susulan itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak segera mengisytiharkan bangunan tersebut kini dikembalikan status asal sebagai masjid selepas 86 tahun ‘dipaksa’ jadi muzium.

Anehnya, langkah patriotik pemimpin itu terima kritikan keras daripada masyakarat antarabangsa yang ternyata begitu tegar anti-Islam terutama Vatican City, Greece dan Majlis Gereja Sedunia.

Bahkan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) turut ugut Turki dengan ancam lucut status struktur itu daripada senarai rasmi Tapak Warisan Dunia.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu namun berkata, pihak Ankara berasa agak terkejut dengan reaksi keterlaluan oleh agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu berhubung isu tersebut.

Beliau memaklumkan sedia berbincang lanjut dengan badan itu berhubung langkah selanjutnya mengenai Hagia Sophia yang sudah lama diiktiraf sebagai warisan dunia UNESCO sejak 1985.

Tapak seluas hampir 6,000 meter persegi ini dibina pada tahun 360 Masihi sebagai gereja Kristian Ortodoks sebelum tukar jadi masjid setelah penaklukan Khalifah Uthmaniyah pada 1453.

Sultan Mehmet II Al-Fateh bukan sahaja ubah nama Constantinople kepada Istanbul, malahan sanggup beli tapak itu dengan duit baginda sendiri sebelum wakafkan untuk manfaat umat Islam.

Majoriti masyarakat Muslim di Turki sudah sekian lama minta agar Hagia Sophia ditukar kembali kepada masjid, tetapi parti pembangkang sekular pula lantang menentang keras usaha tersebut.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here