Denda RM11,300 jika masuki Kota Makkah

0
691
FOTO: SPA.

OLEH FAUZAN UDA AHMAD

KERAJAAN Arab Saudi akan mengenakan denda sebanyak 10,000 riyal Saudi atau sekitar RM11,300 kepada sesiapa yang memasuki kota Makkah tanpa kebenaran sewaktu musim haji 2020.

Peraturan tegas itu bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa ibadah haji tahun ini dilakukan secara terbatas akibat pandemik virus Covid-19.

Denda yang sama juga dikenakan kepada mereka yang memasuki Mina, Muzdalifah dan Arafat untuk menunaikan rukun haji tanpa izin.

Menurut laman Saudi Gazette, hukuman berkenaan akan menjadi berganda sekiranya kesalahan yang dilakukan secara berulang.

Denda berkenaan merupakan langkah mencegah penyebaran Covid-19 selama musim haji bermula pada akhir bulan Julai hingga awal Ogos.

Sementara itu, sebanyak 160 orang warga asing yang kini menetap di Arab Saudi mendaftar untuk mengerjakan haji tahun ini.

Pendaftaran ditutup pada Jumaat, 10 Julai 2020 lalu untuk warga asing.

Kerajaan Arab Saudi menghadkan jemaah haji hanya seribu orang termasuk warga Arab Saudi dengan mematuhi prosedur kesihatan termasuk penjarakan sosial ketika mengerjakan haji.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here