New York Times akan pindah kakitangan dari Hong Kong ke Seoul

0
479
FOTO: Wikimedia Commons/Estial / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

AKHBAR The New York Times (NYT) berkata sebahagian daripada kakitangan di Hong Kong akan dipindahkan ke Seoul, Korea Selatan berikutan kebimbangan kesan undang-undang keselamatan baharu untuk wilayah tersebut.

Hanya pemberita akan dikekalkan, sementara kakitangan penyuntingan digital akan berpindah tidak lama lagi, lapor bbc.com.

Selama ini media antarabangsa sering kali berdepan dengan kekangan untuk membuat liputan di tanah besar China, tetapi kawalan ketat tidak dikenakan di Hong Kong.

Undang-undang keselamatan baharu bakal menjadikan jenayah ke atas apa jua laporan berita yang dianggap bersifat subversif, bersekongkol dengan agenda pihak luar dan menyokong agenda memisahkan Hong Kong daripada pemerintahan China.

Dalam satu e-mel kepada kakitangan NYT di Hong Kong pihak pengurusan di New York berkata undang-undang keselamatan China yang bersifat menyeluruh itu telah menimbulkan ketidaktentuan bagi pihak akhbar tersebut.

Dalam keadaan demikian NYT terpaksa mula merancang untuk mempelbagaikan operasi staf suntingan di rantau berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here