Whatsapp tergendala hampir sejam

0
522
FOTO: Wikimedia Commons/Santeri Viinamäki / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Fetty Rara

PERKHIDMATAN Whatsapp tergendala hampir sejam di seluruh dunia awal pagi tadi.

Perkhidmatan tersebut mengalami isu bermula kira-kira pukul 4.00 pagi, justeru menyebabkan lebih dua bilion pengguna aplikasi tersebut gagal menghantar dan menerima mesej, lapor Microsoft News.

Whatsapp yang dimiliki oleh Facebook jarang mengalami masalah, dan yang berlaku kali ini adalah merupakan gangguan paling besar sejak lebih setahun lalu.

Gangguan perkhidmatan Whatsapp pada tahun lalu turut menjejaskan Instagram dan Facebook selama dua jam sebelum berjaya dipulihkan.

Sehingga kini pihak Whatsapp belum mengeluarkan sebarang penjelasan terperinci berhubung gangguan tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here