MBSA tunda bas, lori langgar undang-undang

0
533
Bas Ekspres ditunda anggota penguatkuasa MBSA yang diparkir di bahu jalan dalam satu operasi di Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan keras hari ini apabila mengadakan operasi bersepadu menunda  kenderaan berat yang diletakkan di bahu-bahu jalan di Seksyen U5, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, operasi berkenaan bertujuan mengatasi masalah kenderaan berat seperti lori dan bas ditempatkan di kawasan awam mengganggu lalu lintas.

“Kenderaan berat ini mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya kediaman bertingkat, menyebabkan kerosakan kawasan hijau atau rizab dan mengehadkan pemandangan,” kata beliau.

Shahrin berkata:”Sepanjang operasi ini diadakan, dua buah lori dan sebuah bas telah disita di Seksyen U5, Shah Alam kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987,

“Mana-mana kenderaan berat yang tidak dialihkan, pemiliknya akan dikenakan kompaun dan caj tunda sebanyak RM2300. Kenderaan ini dihantar ke Depoh Simpanan Tunda MBSA, Seksyen U16 dan caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50 sehari,” kata beliau lagi.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here