Oleh Yusoff Ahmad Shariff
BILIONAIR Elok Musk, Jeff Bezos dan Bill Gates merupakan antara tokoh-tokoh terkemuka di Amerika Syarikat disasarkan oleh penggodam Twitter berhubung satu penipuan Bitcoin hari ini
Turut terkesan akaun Twitter bekas Presiden AS Barack Obama, Joe Biden dan Kanye West yang digunakan bagi meminta sumbangan dalam bentuk mata wang kripto, lapor bbc.com.
Akaun Twitter milik Bill Gates secara licik telah menghantar satu tweet kononnya beliau digesa oleh orang ramai supaya membuat sumbangan kepada masyarakat dan seterusnya menjanjikan pulangan 2,000 dolar bagi setiap 1,000 dolar yang beliau sumbangkan.
Menurut syarikat Twitter penggodaman itu menyasarkan kakitangan syarikat pemilik tokoh-tokoh berkenaan yang mempunyai akses kepada sistem dalaman dan pelbagai alat.
Syarikat itu berkata mereka menyedari bahawa penggodam menggunakan akses tersebut untuk mengambil alih kawalan sebahagian besar akaun yang kemudian digunakan bagi menyalurkan tweet palsu kepada penerima.
Setelah disedari Twitter mengambil langkah segera untuk menghadkan akses kepada sistem dalaman dan alat-alat berkaitan sementara menjalan siasatan.
Bagi Ketua Eksekutif Twitter Jack Dorsey kejadian ini dikesali dan amat mengecewakan.
Tough day for us at Twitter. We all feel terrible this happened.
We’re diagnosing and will share everything we can when we have a more complete understanding of exactly what happened.
💙 to our teammates working hard to make this right.
— jack (@jack) July 16, 2020
Terdahulu Twitter telah mengambil langkah luar biasa untuk menyekat sebahagian besar akaun sahih yang mempunyai tanda biru.
Selain itu permohonan untuk mengubah kata laluan dan fungsi lain turut disekat.
Akaun-akaun terkesan mula kembali berfungsi seperti biasa pada pukul 8.30 pagi tadi waktu Malaysia walaupun pihak Twitter masih menjalankan kerja-kerja pembaikan.
Pengasas syarikat keselamatan siber CrowdStrike, Dmitri Alperovitch menyifatkan penggodaman kali ini sebagai yang paling buruk terhadap sesebuah platform media sosial utama dunia.
-BebasNews