SMI Cars buka bilik pameran pertama di Jalan Ampang

0
609

KUALA LUMPUR – SMI Cars Sdn. Bhd. (SMI Cars) yang beroperasi sejak 1 Julai lalu, akan membuka bilik pamerannya di Jalan Ampang di sini untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli kereta import ketika Kerajaan menawarkan pengecualian cukai sebanyak 50 peratus bagi merangsang ekonomi selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pembukaan bilik pameran bakal disempurnakan oleh Pengarah Urusan SMI Cars Sdn. Bhd., Irene Deanna dan Pengarah Eksekutif SMI Cars, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

Irene dalam kenyataannya di sini berkata, pada asalnya SMI Cars Sdn. Bhd. merancang untuk membuka bilik pameran sekitar bulan April, tetapi hasrat ini terpaksa ditunda kerana PKP sedang dikuatkuasakan.

Beliau berharap penurunan kos pemilikan kenderaan import ini akan meningkatkan keterujaan untuk membeli dalam kalangan pengguna, terutamanya mereka yang ingin memiliki kereta baharu.

Irene menyarankan pengguna-pengguna mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan impian mereka pada harga yang lebih rendah sebelum tempoh pengecualian cukai jualan ditamatkan pada bulan Disember nanti.

Beliau berkata, bersempena dengan kedatangan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos nanti, SMI Cars bersama-sama rakan jualan strategik, Utama Motors Sdn. Bhd. dan FS Bikes Sdn. Bhd. akan mengadakan kempen ‘Jualan Merdeka 2020’ bermula 18 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

SIARAN MEDIA PEMBUKAAN RASMI SMI CARS (Rev 03)

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here