Berbaris lebih 1km – Elewsmart diserbu orang ramai

    0
    937

    Oleh Arrazaq Nazri

    BANGI — Kedai runcit milik Ustaz Ebit Liew, Elewsmart diserbu ribuan orang pada hari pembukaannya di sini hari ini.

    Hasil tinjauan Bebas News orang ramai beratur panjang lebih satu kilometer bagi membeli barangan di kedai tersebut.

    Orang ramai tidak kira tua atau muda sanggup menunggu dalam barisan hingga ada yang mula duduk seolah-olah berkampung di kawasan kedai tersebut.

    Ustaz Ebit minggu lalu melalui mesej media sosial, memohon orang ramai mendoakan supaya kedainya meletakkan harga termurah untuk semua dan beliau juga ingin memberi promosi sempena hari pembukaan rasmi kedainya.

    “Pohon doakan yer @Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

    “Bandar Baru Bangi dibuka sabtu depan 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut”, tulis Ustaz Ebit dalam mesej media sosialnya.

    Bebas News difahamkan Elewsmart menjual secara promosi mi segera jenama Maggi 90 sen, ais krim jenama Cornetto 10 sen, minuman Nescafe dalam tin 40 sen, susu krimer pekat manis 70 sen, biskut 90 sen dan kicap manis jenama cap kipas udang 90 sen.

    Menurut satu kongsian di Twitter, setiap cawangan juga akan disediakan Food Bank untuk membantu orang yang memerlukan dan ingin memberi.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here