LZS jadi agensi zakat pertama lancar E-Agreement

0
353

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM –- Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjadi institusi zakat pertama di Malaysia yang mengendalikan proses dokumentasi perjanjian secara atas talian dengan
melancarkan sistem E-Agreement LZS.

Sistem tersebut menggantikan kaedah manual yang dipraktikkan dalam penyediaan dokumen perjanjian di LZS, dengan tempoh masa dapat dikurangkan kepada tiga hari bekerja berbanding sebelum
ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Saipolyazan M.Yusop berkata, melalui penggunaan sistem dokumentasi elektronik itu, proses penyediaan surat pelantikan dan perjanjian boleh
dilaksanakan dalam satu platform elektronik yang merangkumi keseluruhan rangka proses yang
diperlukan iaitu pendigitalan dokumen perjanjian, tandatangan secara digital dan juga
penyeteman dokumen perjanjian.

“Di samping dapat menjimatkan masa, sistem tersebut membantu memudahkan dan
mempercepatkan proses kerja dalaman sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi
penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan LZS terutama asnaf serta pengeluar zakat dalam
persekitaran norma baharu.

“Untuk makluman, sistem e-Agreement LZS yang mendapat kerjasama dari Syarikat Zanko Sdn.
Bhd. dan Raffcomm Group ini merupakan antara insiatif digitalisasi yang dibangunkan bertujuan
menambah baik proses operasi LZS,” katanya pada Majlis Pelancaran Sistem E-Agreement di sini (18 Julai).

Saipolyazan berkata,ia bagi membudayakan transformasi digital dalam pengurusan kerja dengan penggunaan
teknologi seiring dengan perkembangan revolusi industri 4.0.

“LZS sedang meneruskan langkah untuk memperkenalkan beberapa lagi inisiatif digitalisasi bagi mempermudahkan urusan LZS dengan masyarakat awam,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here