Makkah catat kes Covid-19 terbanyak di Arab Saudi

0
711

OLEH FAUZAN UDA AHMAD

ARAB SAUDI terus mencatatkan peningkatan dalam kes virus Covid-19 apabila laman sesawang Worldometers menyatakan kesnya mencecah 248,416.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan terdapat 2,565 kes dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut Saudigazette, Makkah dilaporkan menjadi wilayah yang memiliki kes positif Covid-19 terbanyak dengan jumlah 224 kes.

Jumlah itu dikuti oleh bandar lain iaitu Riyadh dengan 212 kes, Jeddah (189 kes), Hufof (182), Mobarraz (118), Khamis Mushayt (109), Hafr al Batin (106 kes) Madinah (42) dan bakinya di pelbagai bandar di seluruh penjuru negara kaya minyak itu.

Di Makkah, berita terakhir menyebutkan terdapat 40 orang meninggal dunia akibat terjangkit virus Covid-19.

Jumlah kematian di Arab Saudi mencapai 2,447 orang.

Sementara jumlah pesakit pulih sebanyak 194.218 pada Sabtu, 18 Julai 2020.

Arab Saudi telah melakukan lebih dari 65,000 ujian Covid-19 secara pesat setiap harinya, sebagai sebahagian daripada cara mencegah penyebaran pandemik ini.

Di awal pandemik, pihak berkuasa tempatan telah melakukan kira-kira 1,000 ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) sehari.

Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi juga mengehadkan jumlah jemaah haji tahun ini pada 10,000 orang Sahaja berbanding lebih 2 juta sebelumnya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here