Rosma diet sampai pengsan

0
871
Rosma pernah menjadi mangsa body shaming sebelum ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BAKATNYA sebagai penyanyi tidak perlu diragui lagi, malah kelebihannya itu sudah terserlah sejak dalam program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) pada 2003 lagi.

Namun biasalah, selain bakat yang menjadi perhatian, masyarakat juga tidak lepas pandang terhadap penampilan diri seseorang artis.

Menyentuh mengenai penampilan, Rosma atau nama penuhnya, Rosmayati Sidik, 35, sempat menyingkap perjalanan awalnya sebagai anak seni.

Kata Rosma, sejak namanya dikenali menerusi program realiti terbitan Astro itu, pelbagai cemuhan yang diterima berkaitan dengan penampilan dirinya.

“Kalau dulu zaman media sosial sehangat dan serancak kebelakangan ini, mungkin saya akan menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab memperlekeh bentuk fizikal atau body shaming.

“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.

Berusha untuk menjadi langsing demi kesihatan diri.

“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap mak cik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.

“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma mengimbas semula kecaman yang dilontarkan kepadanya.

Namun, Rosma tidak mudah mengalah dengan kecaman tersebut. Sebaliknya, segala komen negatif dijadikan pembakar semangat untuknya memilik berat badan ideal.

Melihat Rosma sekarang jauh berbeza dengan penampilannya sewaktu belum mendirikan rumah tangga. Biarpun sekarang, beliau merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata tapi bentuk badannya tetap ramping.
Rahsia Rosma berbadan langsing adalah dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos.

“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri. Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.

“Tapi kata-kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang. Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin bermegah kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya, semua itu dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.

“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.

Keluarga bahagia Rosma dan Khai.

“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.

“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram saja. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pihak pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.

Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri.

“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara-gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.

“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri,” tambahnya lagi.

Rosma mula mengeluarkan produk pelangsingan sendiri  selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri.

“Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Selalunya, berat badan naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya berkahwin dengan Khai pada 26 April 2008.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.

Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.

“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita-cita saya dulu nak jadi artis, dah jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.

“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup dan saya akur. Walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.

“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.

Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.

“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.

“Cuma ketika diuji pandemik Covid-19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.

Ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here