Covid-19: Pawagam di China beroperasi semula selepas ‘lockdown’

0
383

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PAWAGAM di China dibuka semula setelah terpaksa menghentikan operasi selama enam bulan bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

Pihak pentadbiran Filem China berkata pawagam di kawasan ‘berisiko rendah’ dibenarkan dibuka bermula hari ini, lapor bbc.com.

Memandangkan seluruh negara itu kini diklasifikasikan sebagai berisiko rendah maka ini bermakna semua pawagam akan dibuka semula.

Terdahulu semua pawagam di China mengalami kesan berikutan perintah lockdown’ yang bermula pada Januari lalu hingga menyaksikan banyak yang terpaksa menutup terus bisnes.

Bagaimana pun, pembukaan semula mewajibkan pematuhan kepada beberapa peraturan ketat, termasuk tayangan hanya kepada kapasiti penonton 30% sementara jumlah filem yang ditayangkan pula 50% berbanding sebelum Covid-19.

Suhu tubuh semua penonton wajib direkodkan dan pelitup muka mesti dipakai sepanjang tayangan oleh semua penonton dan petugas.

Tiket pula perlu dibeli secara dalam talian dan penonton wajib duduk berjarak.

Makan dan minuman tidak lagi dibenarkan dalam pawagam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here