FOTO: NSTP.

WARGA asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan mulai Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati masih terdapat individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah.

Justeru beliau berkata mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Agensi pengurusan Bencanan Negara (Nadma) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti serta mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai stesen kuarantin,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Susulan keputusan itu, beliau berkata warga asing atau rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

https://bit.ly/2BfYZAu
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here