[VIDEO] Hagia Sophia: Dulu muzium, dibuka semula sebagai masjid dengan solat Jumaat

0
381

Oleh Fetty Rara

SOLAT Jumaat akan diadakan di muzium Hagia Sofia, Istanbul buat kali pertama hari ini sejak dikembalikan kegemilangannya sebagai masjid.

Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya berkata umat Islam di bandar raya itu amat teruja dan hampir setiap orang ingin hadir pada majlis perasmian bangunan ikonik itu, lapor bbc.com.

Bangunan berusia 1,500 tahun yang tersenarai sebagai antara tapak Warisan Dunia UNESCO itu dijadikan muzium pada 1934.

Pada awal bulan ini sebuah mahkamah Turki telah mengisytiharkan pemansuhan status tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan bangunan tersebut untuk tujuan selain sebagai masjid adalah tidak sah di bawah undang-undang.

Susulan itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa tapak terkenal di dunia itu akan digunakan semula sebagai masjid bermula dengan solat Jumaat pada hari ini.

Pengumuman beliau itu kemudian dikritik dengan meluas oleh sesetengah ulama dan pemimpin politik di serata dunia.

Bagaimana pun, Erdogan mempertahankan tindakan tersebut dengan mengemukakan satu dokumen bahawa Hagia Sophia adalah milik peribadi pemerintah zaman Uthmaniah Sultan Mehmed II setelah menawan Istanbul pada 1453 dan menjadikannya sebuah masjid.

Isu yang dibangkitkan oleh pihak pembantah dianggap tidak relevan kerana Turki sebagai sebuah negara berdaulat berhak ke atas Hagia Sofia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here