Pegawai polis disanjung kerana selamatkan monyet di lebuh raya

    0
    314

    SEORANG pegawai polis trafik mendapat sanjungan bertalu-talu pengguna media sosial selepas menyelamatkan seekor monyet yang tercedera di atas lebuh raya yang sibuk.

    Sebelum ini tersebar gambar Azizi Adnan, dua rakan sejawatnya dan seorang penunggang motosikal membantu binatang liar itu di Kajang Silk Highway.

    Peristiwa pada 21 Julai itu itu dirakam dalam video dua minit Azizi, daripada Bukit Aman dan jabatan siasatan, meronda di kawasan itu.

    “Ketika meronda di kilometer 27.2 di jalan menuru ke Sungai Ramal, saya terlihat sesuatu di tengah jalan.

    “Saya ingat ada budak jatuh atas jalan, tapi rupa-rupanya seekor monyet.

    “Kepalanya berdarah, mungkin dilanggar oleh motosikal,” katanya kepada Malaysiakini.

    Azizi kemudian memberhentikan kereta bagi mengelakkan haiwan itu dilanggar sekali lagi oleh kenderaan lalu lalang.

    Seorang penunggang motosikal kemudian berhenti dan memindahkan monyet itu di kawasan hutan berdekatan lebuh raya itu.

    “Kami selamatkan nyawa, tak kira manusia, monyet atau anjing.

    “Lagi pun, kedudukan monyet itu di tengah-tengah jalan membahayakan pengguna jalan raya lain.

    “Kemalangan boleh berlaku,” katanya.

    Katanya, kerjasama polis dan masyarakat awam dalam peristiwa itu melambangkan semangat “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

    Mengulas fenomena monyet berkeliaran di jalan raya, Azizi berkata perkara itu mungkin berlaku kerana habitat semula jadinya terganggu.

    “Kalau tak dia tak akan sesat di sini,” katanya.

    https://bit.ly/2EgMypp
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here