Wartawan laman berita Index Hungary letak jawatan susulan pemecatan ketua pengarang

0
250

Oleh Fetty Rara

LEBIH 70 wartawan dan kakitangan syarikat media Index di Hungary meletak jawatan dan menuduh kerajaan mengenakan tekanan ke atas laman berita yang mereka kendalikan itu.

Index merupakan laman media bebas terakhir terkesan dengan tindakan kerajaan Hungary susulan pemecatan ketua pengarangnya, Szabolcs Dull pada Selasa lalu, lapor bbc.com.

Para wartawan Index menyifatkan pemecatan Szabolcs sebagai campur tangan jelas dan cubaan untuk memberi tekanan kepada laman syarikat tersebut.

Beberapa jam selepas kumpulan wartawan itu mengumumkan peletakan jawatan ratusan penunjuk perasaan berkumpul di bandar raya Budapest untuk bersolidariti bersama mereka demi kebebasan media.

Sejak lebih sedekad lalu penyokong parti nasionalis dan konservatif pimpinan Perdana Menteri Viktor Orban dengan secara licik mengambil alih dan mengawal media bebas di Hungary.

Menurut pertubuhan wartawan antarabangsa Reporters Without Borders ,Hungary berada di tempat ke 89 daripada 180 negara dalam indeks kebebasan media dunia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here