Mengapa India enggan mengaku bagaimana Covid-19 merebak

0
630

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

WALAUPUN jangkitan dalam komuniti telah bermula dengan meluas di India, namun pihak berkuasa masih menafikannya dengan alasan bahawa masih belum jelas apa yang dimaksudkan dengan frasa tersebut.

Setakat ini hanya wilayah Kerala dan Bengal Barat akur bahawa masing-masing telah memasuki ke tahap tersebut, lapor bbc.com.

Bagaimana pun, pemahaman global tentang perkara itu didapati amat ringkas dan mudah, iaitu “apabila punca jangkitan tidak dapat dikesan dalam sebahagian besar kes, maka adalah didapati lebih selamat mendefinisikannya sebagai ‘jangkitan dalam komuniti.”

Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) “jangkitan dalam komuniti terbukti melalui ketidakupayaan mengaitkan kes-kes sahih melalui rantaian jangkitan besar-besaran.”

Bagi pengerusi Pusat Pembedahan Dada di Hospital Sir Gangaram di Delhi inilah yang sedang berlaku di India sekarang.

Beliau berkata semakin ramai dalam kalangan pesakit yang cuba mendapatkan rawatan di hospital tidak dapat dikesan daripada mana mereka dijangkiti.

Setakat ini India mencatatkan lebih daripada 1.2 juta kes dengan hampir 29,000 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here