Lelaki ‘kes pertama’ Covid-19 Korea Utara tidak dijangkiti, kata Korea Selatan

0
380

Oleh Fetty Rara

LELAKI yang dikatakan ‘kes pertama’ Covid-19 di Korea Utara sebenarnya tidak dijangkiti virus tersebut, kata Korea Selatan.

Sebelum ini lelaki tersebut dilaporkan berjaya menyusup balik ke Korea Utara dan dikatakan sah dijangkiti Covid-19 sebagai pesakit pertama di negara itu.

Susulan itu pemimpin Korea Utara Kim Jong-un memanggil satu mesyuarat tergempar dan mengarahkan supaya siasatan dijalankan tentang bagaimana lelaki tersebut berjaya memasuki wilayah Korea Utara, selain memerintah supaya digerakkan ‘sistem kecemasan maksimum’ bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Hari ini, bagaimana pun, Korea Selatan yang maklum tentang penyusupan pulang lelaki terseut ke Korea Utara setelah melarikan diri ke Korea Selatan tiga tahun lalu, berkata dia sebenarnya tidak dijangkiti Covid-19.

Lelaki berusia 24 tahun itu menyusup masuk ke Korea Utara melalui longkang bawah tanah dan kemudian berenang sejauh satu kilometer.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here