Gempar di Vietnam setelah kes baharu dikesan sejak beberapa bulan

0
417
FOTO: Wikimedia Commons/Jess Sloss / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN Vietnam mengarahkan supaya banda raya Da Nang ditutup kepada pelancong setelah empat kes baharu Covid-19 dikesan.

Kes-kes yang dikesan merupakan kumpulan jangkitan terbaharu sejak April lalu, lapor bbc.com.

Bermula hari ini tiada pelancong dibenarkan memasuki Da Nang, sementara penerbangan tambahan diadakan bagi mengeluarkan seramai 80,000 pelancong yang berada di situ.

Sebelum ini Vietnam muncul sebagai antara model kejayaan mengekang penularan Covid-19 berikutan langkah pantas menutup semua pintu sempadan, menguatkuasakan kuarantin dan pengesanan jangkitan.

Hanya 400 kes dicatatkan dan tiada kematian berlaku.

Bagaimana pun, selepas 100 hari setelah kes jangkitan tempatan terakhir sembuh, empat kes baharu tiba-tiba muncul di bandar raya yang popular dalam kalangan pelancong tempatan itu.

Perdana Menteri Nguyan Phuc hari ini mengarahkan semua penduduk Da nang supaya mengamalkan penjarakan sosial dan menutup semua perkhidmatan tidak perlu.

Walaupun perintah ‘lockdown’ belum dikenakan, namun arahan keras itu adalah muktamad.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here