Rugi atau untung bila durian dijadikan bateri gajet?

0
251

Oleh Fetty Rara

SATU inovasi yang sedang dalam percubaan di University of Sydney Australia bakal menghasilkan secara komersial bateri yang dikuasakan oleh durian dan nangka.

Jurutera kimia, Vincent Gomes dan Labna Shabnam dengan dibantu oleh sekumpulan penyelidik sedang menggunakan durian dan nangka sebagai ‘supercapacitor’ yang mampu mengecas telefon, tablet dan laptop dalam masa hanya beberapa minit.

‘Supercapacitor’ merupakan cara alternatif untuk menyimpan tenaga. Pendekatan tersebut menjadikannya sebagai tangki bagi mengecas dengan pantas.

Memandangkan masa sekarang ‘supercapacitor’ dihasilkan daripada bahan mahal seperti graphene, Vincent dan pasukan penyelidiknya telah berjaya menghasilkan bahagian-bahagian durian dan nangka yang tidak boleh dimakan menjadi ‘carbon aerogel’ yang mempunyai ciri-ciri tenaga luar biasa, lapor bbc.com.

‘Supercapacitor’ daripada durian dan nangka ini boleh mengejas telefon dan alat-alat lain dalam masa hanya 30 saat .

Selain telefon pintar Vincent juga sedang berusaha untuk menghasilkan ‘supercapacitor’ bagi kegunaan peralatan rumah dan kenderaan.

Beliau mendapat idea tersebut kerana memandangkan sebahagian besar daripada buah durian dibuang, justeru jika digunakan sebagai sumber tenaga alternatif ia akan juga menjadikan bateri lebih mesra alam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here